09/07/2011

SEKOLAH PONDAN

ASSALAMUALAIKUM

Amboi, lepas kisah lelaki lembut ni kisah pondan pulak ?
Kenapa pulak dengan pondan ni ?
Ada ke sekolah untuk pondan ni ?

SUAN DUSIT UNIVERSITY

Itu la name sekolah pondan ni.
Mula-mula aku taw pasal sekolah ni aku ingat kan dekat eropah nun jauh sane rupanya dakat Thailand.
Dah dekat dah tu dengan Malaysia tanahair ku ini.
Mintak dijauhkan la anak watan Malaysia masuk sekolah ni.

Ape la motif sekolah ni kan?
Tak kan la nak masok sekolah ni kene jadi pondan kot.
Tak masok akal la kalau tu syarat wajib nak masok sekolah.
Tapi kan kalau dah sekolah macam ni ape yang cikgu diorang ajar ?
Apa ek ? entah la kan.


alolo,bajet comel pulak.
Tak dapat bayang kan la kalau aku kat dalam sekolah ni.
 Bangun pagi kene make-up la pastu nak pakai baju perempuan la.
Memang tak la kan.
Aku pun tak sanggup nak pakai macam tu sebab nanti orang mesti ingat aku ni perempuan betul sebab aku ni kan jambu orang nye.Ooopss terlebih sudah :p

mesti masuk kelas lambat sebab tu la kene nyanyi kat depan :p

Sesiapa yang dapat surat tawaran dari sekolah ni harap jauhi lah.
Jangan korang tersalah masuk pulak sekolah pulak ok.
Nanti ade pulak yang elok-elok pegi sekolah pakai seluar tiba-tiba kena pakai skirt


-SEKIAN-

01/07/2011

LELAKI LEMBUT ITU ROMANTIK

ASSALAMUALAIKUM

Lelaki lembut?
Diorang lagi romantik?

OOppssssss,ni bukan cerita pondan hokay !!
Pondan tu lelaki yang konon cute la nak jadi perempuan.
Sebenarnye aku sangat geli tengok diorang ni.
Diorang hengat diorang cute sangat la tu pakai gaun perempuan.
 Eeeeeeeeeuuuuuuccckkkkkssss!!!



eeeuuuuuuuccccckkssss!!!!!

Hamboi, tak senonoh nye alahai !!


Ok,cerita pasal lelaki lembut pulak.
Bagi aku diorang ni macam lelaki biasa jugak tapi yang lainnye ialah
diorang ni lemah lembut,sopan santun dan suke buat bende yang perempuan buat.
Tapi yang bab romantik tu betul ke??

Bagi aku memang diorang sangat lah romantik.
Korang nak tahu kenapa?
Yela lelaki lembut ni kan senang faham perasan perempuan.
Confirm la perempuan lebih selese kalau dengan lelaki lembut ni.
Ape yang perempuan nak semua diorang ni lebih pakar kalau nak dibandingkan dengan abang-abang muka macho yang kat luor tu.

Lelaki lembut ni pun cakap lemah lembut je taw.
Mana la perempuan tak cair kan sebab klua je suare tu merdu nye alahai.
Diorang ni jugak pandai buat lawak.
Tapi takde la sampai tahap Maharaja Lawak tu.
Kalau diorang ni ade awek kan semestinye la awek diorang ni tak berhenti ketawa kalau dating.



Lepas tu. diorang ni pun jenis tak kisah jek.
Kalau awek suruh bawak payong diorang bawak jek.
Kalau awek ajak main lari-lari kat taman pun diorang ok jek.
Kalau suruh bawak kan beg tangan awek tu diorang tak kisah pun.
Abang macho yang kat luo ni kadang-kadang segan nak buat semua ni.
Lagi-lagi la kalau barang awek tu warna pink kan.
Memang tak la kalau nak bawak.
Alasan nye satu jek nanti 'takot orang lain engat diorang tu pun lelaki lembut'
Hellooww!! lelaki lembut pun still lelaki ok !!

Sebenarnye aku bukan la nak backup sangat golongan lelaki lembut ni.
Aku cume nak share jek la pendapat aku dekat sini.
Diorang tu tak buat pape pun kat kite tapi kite pulak yang lebih-lebih kutok diorang ni.
Diorang ni manusia gak ade hati dan perasaan.
Lelaki lembut ni memang la ade sifat wanita tu tapi kebanyakkannye bukan la GAY.
Mereka juga ade hak untuk ade awek dan hidup macam lelaki lain kat muka bumi yang serba indah ini.
Paling penting korang jangan la buat lelaki lembut ni mengamok kerana itu nama nye menggali kubur sendiri. :)


-SEKIAN-

26/06/2011

GET YOUR BIEBER SMILE TODAY !!!

ASSALAMUALAIKUM

Hai semua.Mesti rindu dekat abangmukajambu ni kan.hahaha
Ok! tak sebanarnye kan.Aku jek yang TER-perasan lebih.
Aku sedar yang aku hanya manusia biasa yang mencari kebahagiaan di atas bumi ini.
Alolo,ayat touching la pulak kan :(
Tapi bukan tu yang aku nak cerita sebab aku ade lagi cerita yang lagi panas ni iaitu...



Taaadaaaa!! ini lah berus gigi Justin Bierber (JB).
Ape?korang tak percaye ade berus gigi JB ni??
kalau tak percaye ce klik kat link ini.
Ape macam sekarang percaye tak??
Korang mesti ternganga kan tengok bende ni.


KELEBIHAN BERUS GIGI JUSTIN BIERBER:
  • dapat membersihkan plak dari dalam gigi.
  • pemegang getah yang selesa untuk dipegang
  • boleh digunakan selama 3 bulan. ( kalau yang tak kesah guna la selama-lamanye)
  • yang ni paling best  sebab korang boleh dengar lagu JB sambil gosok gigi.Pagi lagu 'u smile' dan malam pulak lagu 'baby'
Waahhh! ade rase nak beli tak berus gigi ni??
Tak teringin ke nak berus gigi sambil dengar lagu JB.
Kalau korang ade berus gigi ni tak payah la korang nak nyanyi lagi dalam toilet tu
sebab sekarang lagu JB dah ade kat berus gigi korang kan.
Aku confirm memang laku gile la berus gigi ni nanti sebab berapa ramai kan 
die-hard-fan JB ni.
OOooppsss! aku bukan die-hard-fan ok aku cume minat lagu die jek.
Ape lagi sahabat sekalian tidak mahu ke gigi seperti JB??
 GET YOUR BIEBER SMILE TODAY !!!

-SEKIAN-

23/06/2011

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

ASSALAMUALAIKUM

Wahh!! Muhammad Ruzaini dah pandai dah nak bercintan-cintun ni.
Biase la kate dah bujang kan mesti la dah taw semua tu.
Btol kan???hahahahaha
Tapi aku bukan la nak cakap pasal cinta ni sebab aku pun bukan la pro sangat pun bab ni.
Entry kali ni ialah pasal...


'don't judge a book by its cover'

Ok korang tengok tajuk pun mesti dah agak kan aku nak tulis ape.
Tapi ape aku kisah aku nak tulis jugak.hahaha

Macam biasa la kan kalau tengok orang tu tak nak campur dengan kita mula la cakap
'bajet hot pulak mamat ni kan tak nak campur orang'
Kalau tengok awek tu cun siket pastu nak ngorat tak tak dapat mule la cakap
'sombong giler awek tu.Dia ingat dia cun sangat la tu'

Ape ni??
Belum pape lagi dah nak kutok-kutok orang pulak kan.
Tak baik sama sekali la buat macam tu kat orang lain.
Mane la taw dia tak biasa dengan kita kan sebab tu la dia tak campur sangat dengan kita kan.
Bukan semua orang suka kita ok!!
Kalau korang nak sangat kawan tu kawan la betol-betol kan tapi ni
belum penah tegur tibe-tibe terus jek kutuk.
Memang tak la kan.

Ok,kes awek yang buat sombong pulak tadi.
Der, kalau dah suke tu usha la betol-betol kan tapi ni setakat switt gitu jek
mane la awek nak layan.
Pastu dah tak layan korang nak kutok pula.
Gentleman tak gitu la kan.
Mane la taw awek tu pun ok ke kan untung-untung korang jugak yang dapat
bukannye aku.
Kalau aku yang usha awek tu nanti aku pulak yang dapat kan.
Kesian aku tengok korang nanti melepas macam tu jek.
Eh.macam dah mule mengarot jek ni.
Ok baik aku habis kan jek tapi yang penting.....


'DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER'



 -SEKIAN-



22/06/2011

TERIMA KASIH :)

ASSALAMUALAIKUM


First skali aku nak cakap terima kasih la sebab ade orang nak bace blog aku ni.
Tapi yang paling penting aku nak dedicate terima kasih
aku dekat kawan-kawan aku yang ajar aku buat colourFOOL BLOG ni.
Orang-orang tersebut ialah. Jeng3...........



Nazrul Firdaus






Tu dia dah nampak dah muke blogger yang makin hot sekarang ni.
Kejap !! hot ke diorang tu??hahaha
Ok,cukup la tu Muhammad Ruzaini.
Sekali lagi kepada kawan-kawan aku...



TERIMA KASIH !!




-SEKIAN-

19/06/2011

FIRST ENTRY :)

ASSALAMUALAIKUM  


Dengan sukacitanye dimaklumkan bahawa MUHAMMAD RUZAINI BIN MOHD ROSNI
sudah pun ade blog :). Aku saje jek nak tulis blog ni sebab nak
advance sikit macam kawan-kawan aku yang dah ade blog. Aku takde la
reti sangat nak main tulis-tulis ni tapi aku
nak try jugak la ber-blogging ni sebab aku tengok macam best jek ade blog ni kan.
Blog ni bukan la nak menjaja citer dan bukan jugak nak promote diri aku
tapi aku cume nak share jek.Sharing is caring right?hahaha.
Ok cukup, tak kan la first entry nak tulis panjang berjele pulak kan.
Tapi layan la dulu pantun tak seberape kat bawah tu.

buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.

-SEKIAN-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

coOl beb!!